Sunday, July 21, 2013

Konsert Gegar 5 Lagenda!

17-Mac-2013

Semalamnya di Stadium Chin Woo, esoknya di Istana Budaya. Melapangkan diri untuk menonton persembahan solo 5 penyanyi dari 5 band popular tanah air -- Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Zamani Slam, Ali Terra Rossa dan Saleem Iklim. Awal-awal dapat tahu promosi persembahan ni, aku memang teruja nak pergi. Terus menghitung hari sampailah ke hari yang ditunggu. Yang utamanya, aku nak tengok ZAMANI! Persembahan untuk orang awam pada asalnya dijadualkan menemui peminat dari 22 hingga 24 Februari 2013 namun ditunda ke bulan Mac bermula 15 Mac sehingga 17 Mac 2013. Bersama si dia, kami telah memilih malam terakhir untuk ke sana. :)

Tiket konsert.

Dari mula persembahan hingga ke akhir, aku betul-betul puas hati dengan mutu persembahan kelima-lima penyanyi, walaupun Zamani hampir hilang suara. Acey...macam komen juri pulak kan. Mungkin sebab beberapa hari ni beliau menyanyi dengan bersungguh-sungguh. Serak-serak kering jadinya namun masih mampu melontarkan vokal tanpa ada kesumbangan. Thumbs up to everyone! Tak sia-sia lebur duit sebab hasilnya memang memuaskan sangat-sangat.

Lagu-lagu yang dimainkan semuanya dari lagu-lagu yang aku minat. Paling memukau Aris Ariwatan dengan lagu Permaidani. Betul-betul meruntun jiwa. Yang lain-lain pun tak kurang hebatnya. Masih bertenaga dan mantap vokalnya. Apa lagu-lagu yang dimainkan? Boleh rujuk sini --> http://www.rotikaya.com/konsert-gegar-5-legenda-satukan-kembali-zaman-kegemilangan-90-an/

Tujuan dan hajat terbesar aku ke sini. Minat Zamani dari kecik. Pose ala-ala K-Pop sikit. Hilang terus imej rock tak berapa nak rock aku.


Antara gambar kenangan yang sempat diambil semasa sesi autograf:

 Muka teruja tengok poster lama beliau. :)

 Aris dan Zamani nampaknya bersemangat menandatangani poster-poster / buku program peminat.

 Rahmad dan Ali dari kejauhan. Err...baru perasan. Mana Saleem ye?

Kat sana tak sangka juga terjumpa Singaporean, Abang Rashid Rockerz & wife, bersama adik-adik dan juga Abang Bob Rockerz & wife. Sehari sebelumnya dah jumpa di Stadium Chin Woo. Abang Bob ni memang kelakar laa. Pertemuan pertama aku dengan mereka-mereka ni masa show di Johor Bahru.


Banyak gambar yang aku ambil sebenarnya, namun yang terpilih je masuk blog. Sekitar ruang lobi Istana Budaya. Memang cantik laa susun atur dan bahan-bahan pameran kat sini. Err...bahan pameran? Macam barang antik pulak.


Dan, ini kali kedua aku jumpa pelukis karikatur ni. Last time dia lukis gambar aku solo. This time, berduet pulak. :) Dia ni anak saudara Zamani.

Tadaa..! Inilah hasil dia. Dah selamat aku laminate.

 Dapat jugak aku bergambar dengan Zamani. Hoyeh! Tercapai hajat. Thanks to my dear Lolan!


Dengan Saleem je aku tak ambil gambar. Sebabnya dia mirip seseorang yang aku tak nak ingat pun dalam sejarah hidup aku. Cukuplah aku minat lagu-lagu Iklim je, bukan penyanyinya. Minta maaf ye abang Saleem.

Lepas konsert sempat lepak di Pelita Nasi Kandar bersama Abang Ali, Abang Rashid, Abang Bob dan lain-lain. Isi perut, borak-borak dan bergambar.

Gambar dari FB Kak Maya. ;-)

#notakaki: Since tahun 2011 hingga 2013, show di Istana Budaya belum ada yang mengecewakan.


No comments:

Post a Comment