Saturday, July 13, 2013

Jamming + function in February!

Aktiviti menyanyi dengan live band masih berlangsung since tahun 2010. Cuma job tak sebanyak masa tahun 2010 & 2011. Sesekali layan jamming suka-suka. Selalunya jamming + practice bila ada jemputan je. Konsep kali ni kami bawakan gitar akustik pula. Eksperimen pertama kami. Setelah berbincang dan bersepakat, akhirnya ditetapkan sesi latihan pada 16 & 24 Februari 2013, berlokasi di R&R Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Tiba hari kejadian.

Hari Bersama Pelanggan Majlis Daerah Hulu Selangor, 24-Feb-2013.
Lokasi: Dewan Komuniti Serendah, Hulu Selangor.

Ini Abdul Halim namanya. Vokalis lelaki.
p/s: Ini gambar kami dalam function tahun 2012.

Ini pula lead guitarist. Muhammad Dzukry a.k.a Zack.
p/s: Ini gambar kami dalam function tahun 2012.

 Ahah. Yang peace ni bassist. Asmadi a.k.a Madi. Vokalis juga.
p/s: Ini gambar kami dalam function tahun 2012.

 Yang nampak garang ni dah tentulah our keyboardist, Kamarul Azman a.k.a Sham.
p/s: Ini gambar kami dalam function tahun 2012.

Yang ini sah-sah terang lagi bersuluh, drummer. Azlan a.k.a Lolan namanya.
p/s: Ini gambar kami dalam function tahun 2012.

Dan...yang ini emcee majlis, Abang Ali. Kadang-kadang melontarkan vokal juga.
p/s: Ini gambar kami dalam function tahun 2012.

Haa...inilah rakan-rakan band yang aku ikut sama sejak 2010. Kecuali Halim, dia adik baru kami...baru join tahun 2012. Suara memang best. Tugasan kami, menghiburkan pengunjung yang datang ke tapak booth-booth yang dibuka kepada orang ramai, dari jam 8 pagi hingga ke 1 tengahari.

Antara beberapa lagu yang dimainkan:

video
Lagu dendangan Halim - Semalam Yang Hangat.
p/s: Rakaman dari belakang. Tak sempat nak ke depan.

video
Lagu dendangan Halim - Kejora.
p/s: Kesilapan yang berlaku dalam persembahan live adakalanya tak dapat dielakkan walaupun dah practice.

video
Lagu dendangan Abang Ali - Anak Kampung.

Kepada orang awam atau mana-mana badan organisasi atau IPTA/IPTS yang ingin menggunakan perkhidmatan live band kami atau perkhidmatan karaoke di kenduri kahwin, majlis jamuan atau majlis-majlis rasmi, sila hubungi / whatsapp ke nombor 017-390 6630 (Madi Galaxy) atau 017-285 5900 (Zack Galaxy). Tumpuan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Harga boleh dirunding secara telus dan saksama.

Klik --> Galaxy Band.

#notakaki: Berehat dari segala aktiviti nyanyian sepanjang Ramadhan.

No comments:

Post a Comment