Sunday, September 7, 2014

29-03-2014: Kursus Pra-Perkahwinan!


Hubungan bertanda sudah. Tak pasti nak mulakan apa dulu, eloklah kami attend kursus kahwin nikah dulu. Terima kasih kat Angah sebab bantu kami dapatkan borang kursus dari pejabat agama. Aku dan si dia bersepakat nak hadiri kursus di satu tempat yang sama. Permintaan si dia, register kursus di Kuala Kubu Bharu (KKB). Aku pun okay je. Kami memilih tarikh 29.3.2014 untuk attend kursus nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor dengan bayaran sebanyak RM80.00 seorang.

 Antara bahan-bahan rujukan untuk peserta kursus.

Ramai orang bosan kalau attend kursus kan. Bukan semua penceramah tu kelakar, pandai ambil hati peserta. Sampai ada peserta yang selamba je tidur. Ada juga ustaz yang kelakar, punyalah aku control nak hamburkan ketawa. Hahaha. Ahailah ustaz. Nasib tak bersembur gelak. Selesai juga kursus selama 1 setengah hari ni. Alhamdulillah. Memang penting pun ambil kursus nikah ni, bukan semua orang dalam masyarakat celik ilmu agama. Alam rumahtangga bukan 1 eksperimen untuk kita 'try and error', dah tentu bukan 1 perkara yang mudah. Nikah/kahwin memanglah seronok kan...yang tak seronoknya bila dilanda badai masalah, tak tahu macam mana nak stabilkan bahtera rumahtangga yang bergoncang. Teringat beberapa kisah ustaz penceramah, dalam jenaka lucu mereka, mendalam juga maksudnya.

Sijil Nikah.

Ngee...! Nak jugak selfie.

Ringkas je entry kali ni. Gambar banyak hilang dari simpanan. Huwaaaa...!

#notakaki: Meluaskan rujukan pasal persiapan kahwin.



No comments:

Post a Comment