Thursday, September 10, 2015

Hijab!


Aku start entry tahun 2015 ni dengan tajuk hijab. Dah berapa bulan aku tak ada chance nak melayan blog aku ni dengan kerap dan tetap. Busy dengan kerja, persiapan kahwin and now...I'm a mom-to-be! ;) Don't know how and what topic to start, so here we go~~

Alhamdulillah, selepas bertahun-tahun aku dengan rockchic-freehair style kekononnya, tergerak jua hati nak bertudung betul-betul. Aku cakap betul-betul sebab aku niat tak nak buka-buka dah. Pada 2 Ramadhan di tahun masihi 2014, aku ambil langkah mengejut dengan mengenakan hijab. Hari Isnin, aku ingat lagi. Aku ke ofis dengan tudung adik aku. Aku memang tak prepare apa-apa. Shopping tudung memang tak ada. Terus datang desakan nak bertudung pada pagi Subuh hari tu. Sampai-sampai je di ofis, kawan-kawan bagi respon positif. Tak kurang juga ada suara-suara sumbang dengan soalan"Pakai bulan puasa je ke?" Paling teruk, masa aku pakai tudung jenis bawal, ada yang tegur aku pakai tudung macam helmet dan macam makcik kantin. Oh ye? Dengan senyum aku jawab, "Aii, kak. Tak pakai tudung pun mengata, pakai pun mengata. Macam mana?" Terus dia tukar topik! :)





Yang positif, aku terima dengan lapang dada. Moga mereka-mereka yang ikhlas mendoakan ni dirahmati Allah selalu. Yang mulut puaka ala-ala minta cili padi ni, terima jugalah dengan lapang hati. Sesungguhnya kifarah Allah tu pasti. Dengan niat atau tanpa niat mesti berbayar satu hari nanti. For you Puan MAL. Just be strong mentally and physically. Ujian untuk kita jadi lebih teguh. Luruskan niat, maka luruslah hati.


Common perception and judgment masyarakat Melayu kita, ASALKAN KAU BERTUDUNG, dah cukup baik dah. Pada aku, bertudung tu tak semestinya dia sempurna tutup aurat. So, don't judge people because they're sin differently than you. Moga aku boleh ikut panduan syariat sepenuhnya satu hari nanti.

#notakaki: Mulut jahat, tapi hati baik. Eh, mana boleh!



No comments:

Post a Comment