Sunday, July 2, 2017

Salam Eid Mubarak 1438 H


Di kesempatan ini, ku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimah yang meraikannya, tak kira apa bangsa, latar belakang, usia mahupun negeri atau negara.

Tahun 2017 turn aku beraya bersama keluarga sendiri. So, inche suami bersama anak kecil aku ikut serta balik ke Kelantan memandangkan mama dan abah serta adik-adik balik ke Kelantan untuk menyambut di sana. Cuti yang tidak lama memandangkan gaji abah akan dipotong bila abah bercuti. Lagi lama, lagi banyaklah gaji dipotong. Makanya 3 hari 2 malam sahaja kami di sana. Bertolak pada pagi hari raya pertama dan kembali ke ibukota pada hari raya ke-3. Disambut secara sederhana tanpa arwah opah di sisi. Terasa kelainannya. Tanpa lemang, tanpa rendang ayamnya. Menu wajib pagi raya.

Di sinilah ruang di mana arwah opah selalu bakar lemang. Untuk anak cucu cicit yang balik ke kampung. Gigih arwah opah sediakan semuanya.




 Suasana yang paling aku rindukan. Rumah peninggalan arwah opah. Perkara yang paling buat aku teruja setiap kali mama abah inform nak balik kampung.

 Bunga seri pagi arwah opah masih mekar.

Inilah pokok rambutan yang aku suka. Berpuluh tahun dah usianya. Dulu banyak betul buahnya. Aku cukup suka kalau dapat kait buah ni pada musimnya. Cubaan memanjat dahannya pun pernah tapi taklah handal. Almaklum skill orang bandar, tak setanding orang asal dari kampung.

***************************************************

Arwah opah menyahut seruan Ilahi pada 30 September 2016 (Hari Jumaat, 28 Zulhijjah 1437 H) di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah Mek Mas binti Awang Tengah. Rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.
***************************************************

Teringat satu peristiwa bila mana ada rakan yang mengatakan aku tersilap menggunakan ungkapan MAAF LAHIR DAN BATIN. Bukankah yang zahir itu adalah sesuatu yang lahiriah, di mana ia sesuatu yang jelas dan nyata. Lahiriah terbit dari kata LAHIR. Bukankah begitu? Maaflah andai ia khilaf, kerana aku bukanlah pakar Bahasa Melayu namun aku masih boleh menerimanya mengikut pemahaman aku sendiri.


Lain orang, lain pemahamannya. Kan?


I am back on Blogspot!

Lamanya tak menaip entry!


Untuk beberapa tahun, jari jemari ini gagal menguruskan masa untuk mengemaskini blog yang akhirnya terbiar sepi tanpa sebarang update terkini. Dan ada satu waktu tu, bila diri dah siap sedia nak taip beberapa entry baru selepas buat listing lengkap mengikut kronologi peristiwa, diuji pula dengan gambar-gambar dalam hard disk personal desktop tiba-tiba sahaja corrupted. Aduhai. Ribuan gambar dalam simpanan tak boleh diakses langsung. Yang sempat backup dalam CD pun tak merangkuimi kesemuanya, lebih-lebih lagi gambar terbaru. Tskk tskkk. Selepas dirisik harga pasaran untuk retrieve data-data tersebut makan kos RM3k. Aduyaiiii...menangis tak ada lagu!


Makanya, terbiar sepi listing yang dibuat. 2015 - 2017. Macam-macam kisah yang mengisi ruang hidup. Dari zaman single mingle around sampailah dah ber-anak satu ni (nombor 2 in shaa ALLAH menyusul. Soon). Hah. Banyak sangat yang missed sebagai catatan kenangan di blog Cot Cet Cik Puan Mal.

It's okaylah, Mal! Masih boleh dihidupkan rencana wacana bermakna. Ewahh. Ayat bukan main hiperbola. It's not too late. Better than never, kan. Gichew.

8 Syawal 1438 H menjadi saksi. Esok lusa aku menaip lagi.